Tuesday, April 19, 2011
Jawapan untuk Mr Simple Plant
Tuan, berapakah jarak antara pokok limau kasturi yg disyorkan oleh Tuan. Sya ada tanam limau kasturi sebyk 50 pokok sahaja tetapi jarak antara pokok cuma 4kaki sahaja kerana kaw. tanah yg terhad. Ada apa2 masalah kah di masa hapadan? TQ
Saya kongsi jawapan saya untuk bacaan di blog ini:
Jawapan utk Simple plant -
Dah tentu akan ada masalah. Yg saya tanam jarak 8 x 8 selepas 3 tahun daun antara pokok sudah bertemu. Jadi susah nak petik buah, nak meracun, nak membaja dan bergerak antara pokok ke pokok. Kena prunning.
Jadi untuk kes anda, kenala selalu prunning mungkin every year. Tapi 50 batang ok la tak banyak sgt so kerja boleh dimanage lagi.
Jarang saya dengar org tanam jarak 4 kaki. Kalau boleh tolong kongsi hasil keluaran tuan pada masa akan datang. Tq
Sunday, September 19, 2010
JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN TENTANG PENANAMAN LIMAU
rghazali said...
Salam, En. Ashik, Saya ada 1 ekar limau nipis jenis seedless, berumur hampir 2 thn. Masalah yang dihadapi ialah serangga perosak & cabang (tidak produktif) yang banyak. Mohon pandangan jenis kawalan perosak & cara atasi cabang. Juga, harga sekili berapa
June 21, 2009 7:11 PM
Jawapan: Kawalan perosak - macam biasa gunakan racun serangga biasa malathion atau thiodan. Semburkan. Taburkan furadan di pangkal pokok. Pastikan kebun bersih. Racun serangga patut disembur 2 minggu sekali. Bila dah kurang penyakit, sebulan sekali mencukupi.
Cabang - Letakkan baja tahi ayam dengan baja 15, 15, 15. Cari baja siraman dan semburkan kepada pokok. Cabang yang tidak produktif harus dicantas. Buang semua bunga-bunga limau untuk satu musim. InsyaAllah masalah tuan akan selesai.
Harga sekilo limau nipis sekarang RM3.50- RM4.50 sekilo.
muhammad luqman said...
Assalamualaikum En. Ashik,Saya mempunyai sebidang kecil tanah di kampung di Perak, saya memang bercadang untuk menanam limau kasturi@limau nipis, tetapi saya tiada pengalaman. Saya juga bekerja, tetapi mungkin saya dapat manfaatkan hujung minggu saya untuk tujuan ini. Bolehkan saudara emailkan proses penanaman pokok ini dari mula. Terima kasih. Email saya luqnur@hotmail.com. Semoga jasa baik tuan diberkati Allah SWT
September 6, 2009 7:40 AM
Jawapan: Sila pergi ke jabatan pertanian untuk mendapatkan manual yang lengkap. Saya sendiri dahulunya banyak mendapatkan bantuan jabatan pertanian untuk hal-hal sebegini. Setakat ini saya tidak mempunyai manual bertulis untuk dikongsi.
akmal said...
salam en.ashik..saya kamal ingin menanam linau nipis&kasturi.mcmna saya blh membeli anak benih limau kasturi dari en.ashik? dan dimana saya blh menjual tanaman saya tu nanti? terima kasih
October 5, 2009 5:12 AM
Jawapan: Saya tidak mempunyai cukup benih sekarang. Terimakasih.
sharil said...
salam tuan saya sharil, saya berminat untuk menjalankan tanaman limau kasturi di tanah seluas 20ekar.. saya ingin meminta tunjuk ajar dari tuan bagaimana cara yang terbaik untuk mengusahakan nye..berapa pokok yg saya boleh tanam. baja apa yg perlu saya letak.. berapa umor pokok boleh keluar hasil. berapa kg hasil saya boleh dapat dalam sekali tuaian utk 20 ekar.. banyak soalan ni.. boleh kah saya berjumpa terus dengan tuan senang saya nak belajar dari tuan...
October 9, 2009 11:14 AM
Jawapan: Harap tuan pergi bertanya ke jabatan pertanian. Dengan saya nanti kena bayaran hehe.
shah said...
salam, sy shah...nk tanya benih pokok limau kasturi dan limau nipis brapa skrg?...tq.
November 12, 2009 10:50 PM
Jawapan: Benih limau kasturi RM 3. Limau nipis - RM4
adly said...
saya adly. dah cuba tanam limau kasturi dan nipis. Harga tengah cun dipasaran. Kegilaan tanam limau ni terjadi bila baja buatan sendiri menghasilkan buah 7 kg sebulan/sepokok. setangkai buah limau nipis antara 4 - 7 biji.Limau kasturi lebat sehingga mudah dipetik.terima kasih ashik atas tunjuk ajar.
March 6, 2010 12:33 AM
Jawapan - Sama-sama. Selamat maju jaya!
mukmin said...
salam saya mukmin, ingin memberitahu pokok limau saya diserang semut api yang kecil2.. bagaimanakah cara pencegahannya dan apakah jenis baja yang sesuai utk tanaman limau kasturi dan limau nipis?...
May 1, 2010 11:03 PM
Jawapan - Taburkan furadan di pangkal pokok untuk menghindarkan serangga.
ieda said...
salam..en.ashik..sy ieda nk tye..sy berminat dlm penanaman limau nipis & limau purut..tp sy xda pengalamn langsung..kawasan tanah yg sy ada ni msh terdapat pokok2 lain sperti durian & rambutan..jika sy usahakan pnanaman limau nipis &limau purut ni tanpa hapuskan pokok2 brikut adakah ia akn berhasil?
June 4, 2010 1:29 AM
Jawapan : Tidak akan berhasil secara komersialnya. Pokok limau memerlukan cahaya yang banyak, yakni mesti lebih daripada 70%.
wanshah said...
Salam encik ashik, saya ada tanam pokok limau kasturi dalam pasu. saya letak baja tahi ayam. baru 3bulan saya tanam. saya beli di nursery, anak pokok tu sudah berbuah pun. tapi kenapa setiap kali pokok tu berbunga dan menghasilkan buah, buah dia mesti akan gugur tak sempat nak membesar. dah 2kali jadi macam tu. sebab ape ye encik ashik? sy kena bertanya pada yang pakar mcm encik ashik ni. harap dapat membantu ye. :)Salam Ramadhan.Salam Kemerdekaan &.Salam Raya Aidilfitri.http://wanshah87.blogspot.com/
September 4, 2010 11:30 PM
Jawapan: Pokok yang berusia 3 bulan belum cukup matang. Oleh itu buah tidak akan lekat. Alihkan pokok ke atas tanah. Akar pokok limau boleh menjalar sehingga 20 kaki. Dalam pasu tersekat. Buah limau akan mula lekat pada usia pokok 8 bulan ke atas. Pokok limau memerlukan cahaya kerana putik bunga akan jadi busuk sekiranya tidak kering dicahayai. Ini akan menyebabkan tidak jadi buah.
JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN TENTANG PENANAMAN JAMBU MADU
Saya ambil semua pertanyaan tersebut diruangan komen dan saya beri jawapannya disini. Diharapkan semua yang telah meninggalkan pertanyaan dapat rujuk di sini jawapan saya yang tidak seberapa ini.
haris said...
salam,nk tny ckit pasal jambu madu ni..Klau kws tu kerap banjir blh tanam x?pokok ni leh tahan air x?
July 18, 2009 6:21 AM
Jawapan: Boleh ditanam dgn syarat ada sistem peparitan yang baik contohnya antara pokok itu dibuat longkang kecil supaya air tidak bertakung. Jgn sampai pokok jambu terendam lama di dalam air.
Dr Suhazeli said...
Boleh beritahu tak cara nak membalut jambu? bila patut dibalut dan ubat apa perlu untuk mengelakkan serangna serangga
February 18, 2010 9:17 PM
Jawapan: Cara membalut - Ambil plastik lutsinar, dilapik dengan kertas suratkhabar dan dibungkus putik buah jambu dengannya. Pastikan kertas dibahagian dalam. Staplerkan.
Bila patut dibalut: Selepas bunga pecah boleh dibalut. Pilih dua putik yang terbaik untuk dibalut. Selebihnya (putik) dibuang. Ini untuk memastikan buah yang lebih besar dan baik kualiti.
Ubat utk elak serangga: Cuba bertanya ke jabatan pertanian terdekat. Tanya tentang penggunaan flying lure untuk lalat buah. Kebiasaannya jabatan pertanian ada manual bagaimana untuk menggunakan flying lure ini. Susah untuk saya jelaskan dgn lebih mendalam di sini. Harap bertanya di jabatan pertanian.
zuraihan said...
Salam, boleh jelaskan teknik penanaman pokok jambu madu? Berapa jarak antara satu pokok dengan pokok yang lain.
April 16, 2010 7:50 AM
Jawapan:
Teknik penanaman - sama seperti menanam pokok buah yang lain. Jarak antara pokok 20 kaki x 20 kaki.
fakirabdillah said...
Salam brader ...nama saya omar dari gemas.Jambu madu yg sdra tanam itu klon / jenis apa ? Saya ada juga tanam lk 90 pkk klon tab bi chan ..ada sepokok dah umur 5 tahun jenis epal muar dan beberapa pokok jenis HARO RED..yg Haro Red ini buahnya mcm epal washingtonboleh ke saya dtg melawat kebun brader ..dan tukar2 pengalaman..kok sonang dtglah gomehtk N salam
July 3, 2010 5:48 AM
Jawapan: Saya tanam jambu madu jenis vklon vietnam. Nanti kalau ada rezeki kita jumpo la warih. Selamat maju jayo! Hoben jang hoben buah jambu tu.
Sunday, August 15, 2010
Bukak kebun baru - Sawah tinggal
Kos keseluruhan untuk membuka kebun ini adalah lebih kurang RM8000. Ini termasuk kos tolak tanah, pembersihan, benih, baja, menanam dan kos pekerja. Target pengeluaran hasil bagi limau kasturi adalah April, 2011. Bagi pisang tanduk Mei hingga Jun, 2011.
Pintu masuk ke kebun
Saturday, August 14, 2010
Tanaman sudah dituai, alhamdulillah.
Jalan masuk ke kebun di Labu
Dulu pokok limau kasturi kemetot je, sekarang dah besar panjang, alhamdulillah.
Hasil limau kasturi dan pisang tanduk telahpun dituai dan dan dijual. Dalam tempoh dua minggu ni insyaAllah hasil pisang tanduk akan mencapai tahap maksima. Selepas itu sedikit demi sedikit akan masuk ke tahap akhir pengeluaran. Maka selepas itu kebun saya di Labu ini hanya akan terisi dengan tanaman limau kasturi dan limau nipis sahaja. Tiada lagi pisang tanduk.
Hessa, anak sulung saya cuba mengapai pisang tanduk.
Saya, anak kedua saya, Asma dan pokok limau kasturi.
Sunday, September 13, 2009
Bukak tanah baru
Salam. Lama betul tak menulis. Saya baru sahaja dapat anak numbor 2 - Nur Asma Arissa. Campur dengan urusan kerja dan sebagainya memang susah nak cari masa menulis.
Apa-apa pun saya sempat bukak tanah baru tanaman limau nipis, kasturi, pisang dan sedikit cili padi. Tak besar tanah tu cuma 3 ekar lebih sahaja. Di atasnya saya tanam semua tanaman yang saya sebut tadi. Saya banyak buat kerja sendiri, 2 pekerja indonesia saja lenyap begitu saja. Baru je saya ambik dia orang. Rugi duit betul.
Gambar kebun baru saya. Pokok limau masih kecil lagi. Kebun ni terletak di Labu, Negeri Sembilan.
Pemandangan kat kebun ni memang menarik, berlatarbelakangkan bukit. Ada air terjun kat bukit tu, boleh nampak dari kebun saya.Awal bulan puasa ni (tahun hijrah 1430) baru kali pertama kutip hasil cili. Berbaloi jugaklah, harga tengah tinggi. Alhamdullilah.
Pokok pisang yang di tanam di antara pokok limau.
Ni saya selit gambar cendawan saya. Pengeluaran cendawan agak merundum sekarang. Banyak kena penyakit. Saya tengah cuba benih jagung sekarang. Nampak macam ok lak. Gambar di bawah barisan bagging cendawan yang menggunakan benih dari jagung.
Sekarang susah nak dapat cendawan keluar segugusan macam gambar di bawah tu. Sekali dapat terus ambik gambar.
Friday, March 20, 2009
Kekurangan bekalan produk
Ramai yang berminat untuk membeli anak benih limau. Maaf, kerana saya kini menggunakan kesemua anak benih yang saya ada untuk projek limau terbaru saya. Saya akan membuka kawasan penanaman limau lagi dalam masa terdekat ini. Saya telah memaklumkan pembaca blog akan kekurangan bekalan produk di bahagian senarai perkhidmatan yang saya sediakan.
Saya tidak mahu menyusahkan pembaca blog menghubungi saya untuk bekalan produk pada ketika bekalan tidak mencukupi. Apabila bekalan sedia ada semula saya akan maklumkan pembaca semua.
Kepada yang menghubungi saya, saya mengucapkan terimakasih ke atas minat yang ditunjukkan.