Wednesday, July 16, 2008

Penanaman Limau Kasturi dan Limau Nipis saya



Saya di pintu masuk ladang limau di Kampung Pantai, Seremban Negeri Sembilan.. Amacam ada gaya pak tani tak? Mestilah ada...dah bertahun-tahun saya bertani oooiii...

Saya kini mempunyai kebun limau kasturi dan limau nipis seluas 5 ekar di Kampung Pantai, Seremban dan di Labu, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 3 tahun ini perancangan saya adalah untuk menanam sejumlah 12000 batang pokok di tanah-tanah yang telah saya kenalpasti di sekitar Seremban dan Labu.
Pokok-pokok limau nipis yang semakin membesar. Di bawah pula pokok-pokok limau kasturi yang juga membesar dengan baiknya. Alhamdullilah.

Ladang limau pun kena pagar...

Limau kasturi berbunga, tak lama lagi keluar hasil..insyaAllah.

Saya dapati penanaman limau merupakan antara projek pertanian yang agak mudah diuruskan berbanding dengan sayur-sayuran misalnya. Pokok-pokok limau tidak memerlukan penjagaan yang begitu rumit. Walaubagaimana pun saya perlu mempunyai ketahanan yang lebih dari segi kewangan kerana pokok limau hanya mengeluarkan hasil yang mencukupi untuk jualan setelah sekurang-kurangnya setahun setengah di tanam.

Pokok limau akan mengeluarkan jumlah pengeluaran yang terbaik apabila ianya berumur 4 tahun ke atas. Pengeluaran hasil pokok limau boleh bertahan sehingga 15 tahun.

Pada sesiapa yang berminat untuk membeli hasil limau saya bolehlah menghubungi saya.

Kini sudah ada jus limau kasturi di pasaran. Cuba-cubalah mana tau ianya lebih sedap dari jus epal??

23 comments:

fitfarnur said...

Salam, nama sy Nissa. saya dan suami,Amir, ingin menanam linau nipis&kasturi sgb sumber pendapatan utama. kami ada tanah keluarga di hulu langat,selangor. kami ingin buat pinjaman TEKUN ttp TEKUN memerlukan kertas kerja. jika boleh, kami ingin berjumpa atau berckp melalui telefon ttg penanaman,penjagaan dan pasaran limau krn kami tiada pengalaman luas ttg limau. ada menanam limau nipis ttp hya beberapa batang pokok shj di kebun. Terima kasih atas kerjasama encik.

Tommy said...

sy adalah seorg peminat kasturi.nipis dan purut. tidak mempunyai tanah tapi ada pengalaman berniaga jenis limau ni jadi berapa harga sepokok anak yang en jual skrg?

Mohd Ashik said...

En Tommy,

Anak benih limau berharga RM 3 sebatang. Terimakasih.

uteh said...

Salam, saya uteh...
Berapa harga sebatang pokok limau kasturi?
Dan kalau saya nk beli bagaimana?
Saya tinggal di Kluang, Johor.

Mohd Ashik said...

Uteh,

Harga benih limau kasturi RM 3 sebatang. Bekalan benih hanya ada semula pada September, 2009. Kalau nak beli sila hubungi saya pada Sept nanti.

Memandangkan uteh tinggal jauh kalau nak beli dari saya, belilah sekurang-kurangnya 200 batang anak benih. Baru berbaloi. Kalau nak beli sikit sahaja saya nasihatkan beli terus di nurseri.
Terimakasih Uteh.

rghazali said...

Salam, En. Ashik,
Saya ada 1 ekar limau nipis jenis seedless, berumur hampir 2 thn. Masalah yang dihadapi ialah serangga perosak & cabang (tidak produktif) yang banyak. Mohon pandangan jenis kawalan perosak & cara atasi cabang. Juga, harga sekili berapa

muhammad luqman said...

Assalamualaikum En. Ashik,
Saya mempunyai sebidang kecil tanah di kampung di Perak, saya memang bercadang untuk menanam limau kasturi@limau nipis, tetapi saya tiada pengalaman. Saya juga bekerja, tetapi mungkin saya dapat manfaatkan hujung minggu saya untuk tujuan ini. Bolehkan saudara emailkan proses penanaman pokok ini dari mula. Terima kasih. Email saya luqnur@hotmail.com. Semoga jasa baik tuan diberkati Allah SWT

akmal said...

salam en.ashik..saya kamal ingin menanam linau nipis&kasturi.mcmna saya blh membeli anak benih limau kasturi dari en.ashik? dan dimana saya blh menjual tanaman saya tu nanti? terima kasih

sharil said...

salam tuan saya sharil, saya berminat untuk menjalankan tanaman limau kasturi di tanah seluas 20ekar.. saya ingin meminta tunjuk ajar dari tuan bagaimana cara yang terbaik untuk mengusahakan nye..berapa pokok yg saya boleh tanam. baja apa yg perlu saya letak.. berapa umor pokok boleh keluar hasil. berapa kg hasil saya boleh dapat dalam sekali tuaian utk 20 ekar.. banyak soalan ni.. boleh kah saya berjumpa terus dengan tuan senang saya nak belajar dari tuan...

sharil said...
This comment has been removed by the author.
shah said...

salam, sy shah...nk tanya benih pokok limau kasturi dan limau nipis brapa skrg?...
tq.

Mohamad Zakuan said...

berapa harga sekilo

wan.

adly said...

saya adly. dah cuba tanam limau kasturi dan nipis. Harga tengah cun dipasaran. Kegilaan tanam limau ni terjadi bila baja buatan sendiri menghasilkan buah 7 kg sebulan/sepokok. setangkai buah limau nipis antara 4 - 7 biji.

Limau kasturi lebat sehingga mudah dipetik.

terima kasih ashik atas tunjuk ajar.

mukmin said...

salam saya mukmin, ingin memberitahu pokok limau saya diserang semut api yang kecil2.. bagaimanakah cara pencegahannya dan apakah jenis baja yang sesuai utk tanaman limau kasturi dan limau nipis?...

adly said...

en mukmin. saya guna baja bioenzyme. kecuali masa tut, media dicampur sejenis fungi, herb extract dan mineral. pokok limau kasturi yg di tut di tanam terus ketanah lepas 1 bulan. lepas 2minggu terus berbunga. limau nipis keluar bunga dan daun sekali.

satu lagi bbaja limau kasturi yg bagus bioenzyme. peladang yg guna claim dia boleh dpt 15-20 kg sepk sebulan. jumlah limau kelihatan sama byk dengan limau saya. tapi saya cuma dpt dlm 7 kg je sepokok. tak boleh guna dua2 pada masa yg sama. kesannya pokok limau nipis saya yg biasa boleh keluar 9 putik setangkai jadi kurang.

bioenzyme pakai 2 sudu utk setiap 10 liter air. spray seminggu sekali paling baik. biogreen 25 ml perliter air, sembur 2 -4 minggu sekali. sila masuk facebook saya utk gambar. adlyshah@gmail.com.

saya hanya penyelidik bukan penanam komersial macam kawan kita yg berjaya ni. tapi saya tetap kena jual limau saya setiap 3 hari. pokok cepat besar. sekarang guna bioenzyme sahaja.

Azmi said...

A,kum En Asyik.....Tanam limau nipis tanpa bijik yer.....harga borong 1 kg berap diorang ambik??sekarang?/ azmi http://jackfruit-azmi.blogspot.com

ieda said...

salam..en.ashik..sy ieda nk tye..sy berminat dlm penanaman limau nipis & limau purut..tp sy xda pengalamn langsung..kawasan tanah yg sy ada ni msh terdapat pokok2 lain sperti durian & rambutan..jika sy usahakan pnanaman limau nipis &limau purut ni tanpa hapuskan pokok2 brikut adakah ia akn berhasil?

Raja Basri said...

Salam Sejahtera kepada semua usahawan pertanian dan perladangan…

Saya wakil daripada syarikat Agri Nature Ent; pembekal baja terbaik dan makanan ternakan yg murah dan berkualiti tinggi.
Kami ingin mempelawa mana – mana syarikat, koperasi, kedai @ tuan dan puan menjadi agen pasaran, stokis atau sebagai DEALER produk baja ...kami iaitu MavaBest ( baja pemberat buah dan penambah hasil yang telah terbukti dan berkualiti ) bagi setiap negeri dan kawasan. Baja ini khas untuk pokok sawit, getah, kelapa pandan, padi, tanaman saka, tanaman kontan dan lain-lain pokok buah-buahan.
Bagi yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut atau yang telah mengetahui kehebatan baja MAVABEST dan serius dengan perniagaan ini, sila berikan identiti dan alamat lengkap tempat perniagaan dengan tepat kerana setiap kawasan akan dibahagikan dengan secara efisyen. Sila berhubung dengan kami pada emel sperti diatas atau hubungi terus kami di talian 016-921 5546. Setiap agen / DEALER yang dipilih adalah terhad dan bergantung kepada kekosongan . tertakluk kepada terma dan syarat. Terima Kasih.

Mudah,Murah,Molek, Hasil Bertambah!

facebook.com/rajabasri
agrinature2u@gmail.com

wanshah said...

Salam encik ashik, saya ada tanam pokok limau kasturi dalam pasu. saya letak baja tahi ayam. baru 3bulan saya tanam. saya beli di nursery, anak pokok tu sudah berbuah pun. tapi kenapa setiap kali pokok tu berbunga dan menghasilkan buah, buah dia mesti akan gugur tak sempat nak membesar. dah 2kali jadi macam tu. sebab ape ye encik ashik? sy kena bertanya pada yang pakar mcm encik ashik ni. harap dapat membantu ye. :)

Salam Ramadhan.
Salam Kemerdekaan &.
Salam Raya Aidilfitri.

http://wanshah87.blogspot.com

Simple Plant - simple2plant@gmail.com said...

Tuan, berapakah jarak antara pokok limau kasturi yg disyorkan oleh Tuan. Sya ada tanam limau kasturi sebyk 50 pokok sahaja tetapi jarak antara pokok cuma 4kaki sahaja kerana kaw. tanah yg terhad. Ada apa2 masalah kah di masa hapadan? TQ

Raja Basri said...

salam en.ashik dan semua para petani,

saya disini ingin mengemukakan dan mempelawa anda semua utk mencuba baja semi-organik yg terbaik dari syarikat kami iaitu Mavabest. Ianya telah terbukti meningkatkan kesuburan pokok, menambah kuantiti buah dan kualiti buah. Pembajaan ini hanya menggunakan sudu / 4x setahun.
Insya-Allah,lebih nilai dan anda akan berpuas hati!

Mohd Ashik said...

Jawapan utk Simple plant -

Dah tentu akan ada masalah. Yg saya tanam jarak 8 x 8 selepas 3 tahun daun antara pokok sudah bertemu. Jadi susah nak petik buah, nak meracun, nak membaja dan bergerak antara pokok ke pokok. Kena prunning.

Jadi untuk kes anda, kenala selalu prunning mungkin every year. Tapi 50 batang ok la tak banyak sgt so kerja boleh dimanage lagi.

Jarang saya dengar org tanam jarak 4 kaki. Kalau boleh tolong kongsi hasil keluaran tuan pada masa akan datang.

Hana Shafira Hamidi :) said...

Assalamualaikum. Boleh saya dapat kan contact number & alamat Ladang ni ? :) tq.