Wednesday, July 16, 2008

Penanaman Pokok Jambu Madu saya

Entah betul entah tidak tetapi ada kawan pertanian saya berkata yang kini saya merupakan penanam pokok jambu madu terbesar di Negeri Sembilan. Biar betul?
Pokok-pokok jambu saya hanya berjumlah 30 batang, di tanam di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Mungkin orang lain di Negeri Sembilan hanya menanam sepokok dua sahaja agaknya. Di Perak penanaman pokok jambu madu dibuat secara besar-besaran. Di atas kebun pokok jambu madu saya. Kecil je.

Saya menjalankan projek penanaman jambu madu ini memang bertujuan untuk mengeluarkan hasil secara komersial bukan untuk makan-makan sanak saudara sahaja. Dijangkakan hasil pengeluaran jambu madu saya bagi 30 batang pokok ini boleh mencapai sehingga bertan-tan juga. Harap-harap berhasilah dengan izin Allah s.w.t.

Pokok jambu madu akan mengeluarkan hasil yang mencukupi untuk dijual pada umur 2 tahun. Pengeluaran hasil dari pokok jambu madu boleh bertahan sehingga berbelas tahun. Pengeluaran hasil yang tertinggi adalah apabila pokok ini mencapai umur 4 tahun ke atas. Kini pokok-pokok telah mengeluarkan bunga. Pada bulan ini saya dah merasa buah jambu madu saya. Ada beberapa biji telah masak untuk dimakan. Rasanya, alhamdullilah sedap!
Penanaman dan membesarkan pokok-pokok jambu madu ini agak mudah. Namun untuk menjaga buah-buahannya bukan mudah. Buah-buah perlu dijaga dengan teliti mengikut prosedur penjagaan yang betul. Banyak yang perlu saya pelajari tentang penjagaan pokok jambu madu ini. Apa-apa pun setakat ini saya seronok mengendalikan 30 batang pokok jambu madu saya ini dibantu oleh isteri saya, Faznita.
Selamat memakan buah-buahan tempatan.

6 comments:

inna said...

ada tak gambar buah jambu madu hasil dari penanaman ini?

Mohd Ashik said...

Inna,

Belum ada lagi. Sekarang pokok jambu saya baru belajar nak berbunga. Bila ada saya akan upload.

Terimakasih.

haris said...

salam,nk tny ckit pasal jambu madu ni..Klau kws tu kerap banjir blh tanam x?pokok ni leh tahan air x?

Dr Suhazeli said...

Boleh beritahu tak cara nak membalut jambu? bila patut dibalut dan ubat apa perlu untuk mengelakkan serangna serangga

zuraihan said...

Salam, boleh jelaskan teknik penanaman pokok jambu madu? Berapa jarak antara satu pokok dengan pokok yang lain.

fakirabdillah said...

Salam brader ...nama saya omar dari gemas.

Jambu madu yg sdra tanam itu klon / jenis apa ? Saya ada juga tanam lk 90 pkk klon tab bi chan ..ada sepokok dah umur 5 tahun jenis epal muar dan beberapa pokok jenis HARO RED..yg Haro Red ini buahnya mcm epal washington

boleh ke saya dtg melawat kebun brader ..dan tukar2 pengalaman..kok sonang dtglah gomeh

tk N salam